Thursday, January 27, 2011

Hadits: Tasbih, Tahmid Dan Tabir Ketika Hendak Tidur


Selain blogwalking, antara apa yang kita boleh buat sebelum tidur adalah mengucapkan tasbih (Subhanallah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Al-hamdulillah) 33 kali

سبحان الله -الحمد لله - الله أكبر

Tentulah besar pahalanya kerana telah disebutkan dalam hadits Nabi s.a.w. seperti berikut:

٦٣١٨-حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ الْحَكَمِ عَنْ ابْنِ أَبِي لَيْلَى عَنْ عَلِيٍّ أَنَّ فَاطِمَةَ عَلَيْهِمَا السَّلَام شَكَتْ مَا تَلْقَى فِي يَدِهَا مِنْ الرَّحَى فَأَتَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَسْأَلُهُ خَادِمًا فَلَمْ تَجِدْهُ فَذَكَرَتْ ذَلِكَ لِعَائِشَةَ فَلَمَّا جَاءَ أَخْبَرَتْهُ قَالَ فَجَاءَنَا وَقَدْ أَخَذْنَا مَضَاجِعَنَا فَذَهَبْتُ أَقُومُ فَقَالَ

مَكَانَكِ فَجَلَسَ بَيْنَنَا حَتَّى وَجَدْتُ بَرْدَ قَدَمَيْهِ عَلَى صَدْرِي فَقَالَ أَلَا أَدُلُّكُمَا عَلَى مَا هُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ إِذَا أَوَيْتُمَا إِلَى فِرَاشِكُمَا أَوْ أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا فَكَبِّرَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَسَبِّحَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَاحْمَدَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَهَذَا خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ

وَعَنْ شُعْبَةَ عَنْ خَالِدٍ عَنْ ابْنِ سِيرِينَ قَالَ التَّسْبِيحُ أَرْبَعٌ وَثَلَاثُونَ

Sulaiman bin Harb telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah telah meriwayatkan kepada kami daripada al-Hakam daripada Ibnu Abi Laila daripada ‘Ali bahawa Fatimah mengadu hal tentang tangannya kerana mengisar gandum. Maka dia pergi kepada Rasulullah s.a.w. untuk meminta seorang hamba tetapi tidak mendapatinya (di rumah). Maka dia pun menyebutkan perkara itu kepada Aisyah. Bila Nabi s.a.w. datang maka Aisyah pun menceritakan kepada Baginda. Kata perawi (Ali): Maka Nabi s.a.w. pun datang kepada kami ketika kami sudah pergi ke tempat tidur kami, aku mahu bangun tetapi Nabi s.a.w. berkata:

“Tetaplah kamu di tempat kamu.” Baginda pun duduk di antara kami sehingga aku merasakan sejuk dua tapak kakinya di dadaku. Maka Nabi s.a.w. berkata: “Mahukah kamu berdua aku tunjukkan kepada kamu sesuatu yang terlebih baik bagi kamu dari seorang hamba / khadam iaitu apabila kamu pergi ke tilam / atau tempat tidur kamu maka bertakbirlah tiga puluh tiga kali, bertasbihlah tiga puluh tiga kali dan bertahmidlah tiga puluh tiga kali. Itu adalah lebih baik bagi kamu berdua dari seorang hamba / khadam.

Dan daripada Syu’bah daripada Khalid daripada Ibnu Sirin, beliau berkata: “Tasbih tiga puluh empat kali.”

( Shahih Bukhari: Kitab Doa-Doa, Bab Tasbih Dan Takbir Ketika Hendak Tidur )

6 comments:

  1. semalam sy cuba amalkan membaca subhanallah alhamdulillah allahuakhbar smpai sy tertidur..pada keesokkan pagi hp sy tercicir..selalunye kalau tercicir terus hilang..tp sy dapat balik hp sy...dan kini sy bertambah yakin bahawa dgn mengamalkan bacaan itu..ia memurahkan lg rezeki kita...subhanallah~~

    ReplyDelete
  2. assalamu'alaikum wbt
    boh, kawe tengok matan hadis tu sebut takbir dulu.
    jadi bukan ke kemujarabannya ialah mulakan dgn takbir kemudian tasbih kemudian baharulah tahmid. ko guano kato boh..?
    ذَا أَوَيْتُمَا إِلَى فِرَاشِكُمَا أَوْ أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا فَكَبِّرَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَسَبِّحَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَاحْمَدَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ
    apabila kamu pergi ke tilam / atau tempat tidur kamu maka bertakbirlah tiga puluh tiga kali, bertasbihlah tiga puluh tiga kali dan bertahmidlah tiga puluh tiga kali.
    jolo doh hok demo kato tapi skali baco mcm keliru pulok bilo penyusunan ayat pada muqaddimah artikel demo kt atah ni..dan kalau boleh demo ajas tukar susunan gambar tu skali.ni cdgn kawe jah..supaya lebih tsusun dan n elak keliru.ko guano kato boh..?

    ReplyDelete
  3. Permisi Numpang Promo
    Refiza Souvenir menyediakan paket yasin untuk souvenir acara pengajian tahlilan dan berbagai macam souvenir tasbih cantik dan elegan untuk oleh-oleh haji dan umroh. cek katalog kami di www.refiza.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...