Sunday, September 12, 2010

Kedudukan Sahabat Yang Utama



Rasulullah s.a.w. menerangkan di dalam hadis-hadis tentang keutamaan sahabat-sahabat baginda.

عن عبد الله رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (خير الناس قرني، ثم الذين يلونهم، ثم الذين يلونهم.

Daripada Abdullah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sebaik-baik manusia ialah kurunku, kemudian yang mengikuti mereka dan kemudian yang mengikuti mereka.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم: (لا تسبوا أصحابي، فلو أن أحدكم أنفق مثل أحد ذهبا، ما بلغ مد أحدهم ولا نصيفه).

Daripada Abu Sa`id al-Khudri bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah anda memaki sahabat-sahabatku, jika seseorang dari kalangan kamu membelanjakan emas sebesar bukit Uhud pasti tidak akan menyamai sebanyak satu cupak mereka malah separuh cupak mereka.

1 comment:

  1. amat pelik lagi janggal apabila adanya hadits yg sangat jelas ttg kedudukan mereka dan ancaman ttg mencela atau memaki sahabat2 TETAPI masih ada yg sanggup mencaci mereka..apakah kita masih menganggap mereka yg mencaci sahabat sebagai saudara seagama kita..fikir2kan!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...