Friday, December 17, 2010

Hadits: Taubat



{ تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا }

Frman Allah: {Bertaubatlah kepada Allah dengan sebenar-benarnya} taubat yang betul-betul dan ikhlas. [ at-Tahrim : 8 ]


عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ قَاعِدٌ تَحْتَ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ مَرَّ عَلَى أَنْفِهِ فَقَالَ بِهِ هَكَذَا قَالَ أَبُو شِهَابٍ بِيَدِهِ فَوْقَ أَنْفِهِ ثُمَّ قَالَ : لَلَّهُ أَفْرَحُ بِتَوْبَةِ عَبْدِهِ مِنْ رَجُلٍ نَزَلَ مَنْزِلًا وَبِهِ مَهْلَكَةٌ وَمَعَهُ رَاحِلَتُهُ عَلَيْهَا طَعَامُهُ وَشَرَابُهُ فَوَضَعَ رَأْسَهُ فَنَامَ نَوْمَةً فَاسْتَيْقَظَ وَقَدْ ذَهَبَتْ رَاحِلَتُهُ حَتَّى إِذَا اشْتَدَّ عَلَيْهِ الْحَرُّ وَالْعَطَشُ أَوْ مَا شَاءَ اللَّهُ قَالَ أَرْجِعُ إِلَى مَكَانِي فَرَجَعَ فَنَامَ نَوْمَةً ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ فَإِذَا رَاحِلَتُهُ عِنْدَهُ


Daripada Nabi s.a.w. sabdanya: “Orang mukmin nampak dosa-dosanya seolah-seolah dia berada di bawah bukit yang mana dia takut bukit itu akan runtuh ke atasnya dan orang yang derhaka nampak dosa-dosanya seperti lalat lalu di atas hidungnya. Lalu dibuatnya begini. Abu Syihab mengisyaratkan dengan tangannya di atas hidungnya kemudian Baginda bersabda:

"Allah lebih suka terhadap taubat hamba-Nya dari seseorang yang singgah di suatu tempat yang membinasakan/membahayakan. Bersamanya ada kenderaannya yang mana di atas kenderaannya itu ada makanan dan minuman. Dia pun meletakkan kepalanya lalu tertidur. Apabila dia sedar kenderaannya sudah tiada lagi. Sehingga apabila sudah terlalu panas dan dahaga atau apa lagi yang dikehendaki Allah, dia pun berkata: "Aku mahu kembali ke tempatku tadi lalu dia kembali dan tidur sebentar. Kemudian dia mengangkat kepalanya, rupa-rupanya kenderaannya sudah berada dekat dengannya.”

(Shahih Bukhari, Kitab Doa-Doa - Bab Taubat)

Wednesday, December 15, 2010

Sebaik-Baik Istighfar



عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

قَالَ وَمَنْ قَالَهَا مِنْ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَمَنْ قَالَهَا مِنْ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ


Daripada Nabi s.a.w. sabdanya: “Penghulu istighfar itu ialah engkau berkata:

“Oh Tuhan! Engkaulah Tuhanku. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkaulah yang telah menciptakan daku dan aku hamba-Mu. Aku tetap di atas kesetiaan dan janji dengan-Mu sedapat mungkin. Aku berlindung dengan-Mu dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan. Aku kembali kepada-Mu dengan nikmat-Mu kepadaku aku kembali kepada-Mu dengan dosaku, ampunkanlah daku kerana tidak ada yang dapat mengampunkan dosa kecuali Engkau jua.”

Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengucapkan begitu pada waktu siang dengan penuh yakin dengan apa yang diucapkan lalu dia mati pada hari itu sebelum habis waktu petang maka dia adalah ahli syurga dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam dalam keadaan dia benar-benar yakin dengannya lalu dia mati sebelum waktu pagi maka dia adalah ahli syurga.”

-(Shahih Bukhari, Sunan Nasa`ei & Musnad Ahmad)

Saturday, September 25, 2010

Hadis Kelebihan Menyebarkan Hadis Nabi s.a.w.




عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ نَضَّرَ اللَّهُ امْرَأً سَمِعَ مِنَّا حَدِيثًا فَحَفِظَهُ حَتَّى يُبَلِّغَهُ فَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ إِلَى مَنْ هُوَ أَفْقَهُ مِنْهُ وَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ لَيْسَ بِفَقِيهٍ

Daripada Zaid bin Thabit katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Semoga Allah menyinari seseorang yang mendengar sesuatu hadis daripada kami lalu dia menyampaikannya mengikut apa yang didengari. Maka betapa ramai orang yang membawa ilmu lalu menyampaikannya kepada orang yang lebih faham daripadanya dan berapa ramai orang yang membawa ilmu tetapi ia tidak memahaminya." (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Hadis ini menunjukkan kelebihan menyebarkan ilmu hadis iaitu kehidupan akan menjadi berseri dan bercahaya. Kata Sufyan bin`Uyainah: "Tidak ada seorangpun dari kalangan ahli Hadis melainkan pada wajahnya ada sinar berdasarkan kepada hadis ini" (al-Suyuti, Tadrib al-Rawi Syarh Taqrib al-Nawawi, hal. 360)

Sunday, September 12, 2010

Kedudukan Sahabat Yang Utama



Rasulullah s.a.w. menerangkan di dalam hadis-hadis tentang keutamaan sahabat-sahabat baginda.

عن عبد الله رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (خير الناس قرني، ثم الذين يلونهم، ثم الذين يلونهم.

Daripada Abdullah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sebaik-baik manusia ialah kurunku, kemudian yang mengikuti mereka dan kemudian yang mengikuti mereka.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم: (لا تسبوا أصحابي، فلو أن أحدكم أنفق مثل أحد ذهبا، ما بلغ مد أحدهم ولا نصيفه).

Daripada Abu Sa`id al-Khudri bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah anda memaki sahabat-sahabatku, jika seseorang dari kalangan kamu membelanjakan emas sebesar bukit Uhud pasti tidak akan menyamai sebanyak satu cupak mereka malah separuh cupak mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...