Friday, December 2, 2011

Hadis Kaya Yang Sebenar Ialah Kaya Jiwa



حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ حَدَّثَنَا أَبُو حَصِينٍ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ

Ahmad bin Yunus telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Bakr telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Hashin telah meriwayatkan kepada kami daripada Abi Soleh daripada Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w. beliau berkata: “Kekayaan sebenar bukanlah dengan kerana banyaknya harta benda tetapi kaya yang sebenar itu adalah kaya jiwa.” 

 - Riwayat Imam al-Bukhari dalam kitab Shahihnya

Thursday, January 27, 2011

Hadits: Tasbih, Tahmid Dan Tabir Ketika Hendak Tidur


Selain blogwalking, antara apa yang kita boleh buat sebelum tidur adalah mengucapkan tasbih (Subhanallah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Al-hamdulillah) 33 kali

سبحان الله -الحمد لله - الله أكبر

Tentulah besar pahalanya kerana telah disebutkan dalam hadits Nabi s.a.w. seperti berikut:

٦٣١٨-حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ الْحَكَمِ عَنْ ابْنِ أَبِي لَيْلَى عَنْ عَلِيٍّ أَنَّ فَاطِمَةَ عَلَيْهِمَا السَّلَام شَكَتْ مَا تَلْقَى فِي يَدِهَا مِنْ الرَّحَى فَأَتَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَسْأَلُهُ خَادِمًا فَلَمْ تَجِدْهُ فَذَكَرَتْ ذَلِكَ لِعَائِشَةَ فَلَمَّا جَاءَ أَخْبَرَتْهُ قَالَ فَجَاءَنَا وَقَدْ أَخَذْنَا مَضَاجِعَنَا فَذَهَبْتُ أَقُومُ فَقَالَ

مَكَانَكِ فَجَلَسَ بَيْنَنَا حَتَّى وَجَدْتُ بَرْدَ قَدَمَيْهِ عَلَى صَدْرِي فَقَالَ أَلَا أَدُلُّكُمَا عَلَى مَا هُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ إِذَا أَوَيْتُمَا إِلَى فِرَاشِكُمَا أَوْ أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا فَكَبِّرَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَسَبِّحَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَاحْمَدَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَهَذَا خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ

وَعَنْ شُعْبَةَ عَنْ خَالِدٍ عَنْ ابْنِ سِيرِينَ قَالَ التَّسْبِيحُ أَرْبَعٌ وَثَلَاثُونَ

Sulaiman bin Harb telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah telah meriwayatkan kepada kami daripada al-Hakam daripada Ibnu Abi Laila daripada ‘Ali bahawa Fatimah mengadu hal tentang tangannya kerana mengisar gandum. Maka dia pergi kepada Rasulullah s.a.w. untuk meminta seorang hamba tetapi tidak mendapatinya (di rumah). Maka dia pun menyebutkan perkara itu kepada Aisyah. Bila Nabi s.a.w. datang maka Aisyah pun menceritakan kepada Baginda. Kata perawi (Ali): Maka Nabi s.a.w. pun datang kepada kami ketika kami sudah pergi ke tempat tidur kami, aku mahu bangun tetapi Nabi s.a.w. berkata:

“Tetaplah kamu di tempat kamu.” Baginda pun duduk di antara kami sehingga aku merasakan sejuk dua tapak kakinya di dadaku. Maka Nabi s.a.w. berkata: “Mahukah kamu berdua aku tunjukkan kepada kamu sesuatu yang terlebih baik bagi kamu dari seorang hamba / khadam iaitu apabila kamu pergi ke tilam / atau tempat tidur kamu maka bertakbirlah tiga puluh tiga kali, bertasbihlah tiga puluh tiga kali dan bertahmidlah tiga puluh tiga kali. Itu adalah lebih baik bagi kamu berdua dari seorang hamba / khadam.

Dan daripada Syu’bah daripada Khalid daripada Ibnu Sirin, beliau berkata: “Tasbih tiga puluh empat kali.”

( Shahih Bukhari: Kitab Doa-Doa, Bab Tasbih Dan Takbir Ketika Hendak Tidur )

Monday, January 10, 2011

Hadits: Kelebihan Orang Yang Berilmu Dan Mengajarkan `Ilmu Pengetahuannya


حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلاءِ قَالَ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ أُسَامَةَ عَنْ بُرَيْدِ بْنِ عَبْدِاللَّهِ عَنْ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ أَبِي مُوسَى عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

مَثَلُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ مِنَ الْهُدَى وَالْعِلْمِ كَمَثَلِ الْغَيْثِ الْكَثِيرِ أَصَابَ أَرْضًا فَكَانَ مِنْهَا نَقِيَّةٌ قَبِلَتِ الْمَاءَ فَأَنْبَتَتِ الْكَلا وَالْعُشْبَ الْكَثِيرَ وَكَانَتْ مِنْهَا أَجَادِبُ أَمْسَكَتِ الْمَاءَ فَنَفَعَ اللَّهُ بِهَا النَّاسَ فَشَرِبُوا وَسَقَوْا وَزَرَعُوا وَأَصَابَتْ مِنْهَا طَائِفَةً أُخْرَى إِنَّمَا هِيَ قِيعَانٌ لا تُمْسِكُ مَاءً وَلا تُنْبِتُ كَلا فَذَلِكَ مَثَلُ مَنْ فَقُهَ فِي دِينِ اللَّهِ وَنَفَعَهُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ فَعَلِمَ وَعَلَّمَ وَمَثَلُ مَنْ لَمْ يَرْفَعْ بِذَلِكَ رَأْسًا وَلَمْ يَقْبَلْ هُدَى اللَّهِ الَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ قَالَ أبو عَبْد اللَّهِ قَالَ إِسْحَاقُ وَكَانَ مِنْهَا طَائِفَةٌ قَيَّلَتِ الْمَاءَ قَاعٌ يَعْلُوهُ الْمَاءُ وَالصَّفْصَفُ الْمُسْتَوِي مِنَ الارْض.ِ


Muhammad Bin al-Ala’ telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad Bin Usamah telah meriwayatkan kepada kami daripada Buraid Bin `Abdullah daripada Abu Burdah daripada Abu Musa daripada Nabi s.a.w., sabdanya:

“Perbandingan petunjuk dan `ilmu yang Allah utuskan aku membawanya adalah seperti hujan yang lebat yang menimpa bumi. Di antara bumi itu ada yang Naqiyah (subur), ia menerima air dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput.

Di antaranya ada yang Ajadib (yang hanya menampung air), ia menampung air tetapi tidak menyerap air. Maka Allah memanfaatkan tanah itu kepada manusia, mereka dapat minum dan memberi minum kepada ternakan mereka serta bercucuk tanam daripada air itu.

Hujan yang turun itu menimpa sebahagian tanah yang lain, ia merupakan Qi’an (tanah gersang), tanah itu tidak dapat menampung air ataupun menyerap air sehingga dapat menumbuhkan tumbuh-tumbuhan. Itulah perbandingan orang yang mendalam `ilmunya tentang agama Allah.

Allah memberi manfaat kepadanya dengan apa yang Allah utuskan aku membawanya lalu dia mendapat `ilmu dan mengajarkan kepada orang lain. Dan juga, perbandingan dengan orang yang tidak mengangkat langsung kepalanya terhadap `ilmu dan petunjuk yang dibawa olehku itu, dia tidak menerima petunjuk yang Allah utuskan kepadaku.

Abu `Abdullah berkata: Ishaq berkata dari Abu Usamah: “Di antara tanah itu ada sekumpulan tanah yang menerima air, tanah lapang yang menakung air, dan tanah rata di bumi”.


[ Hadits riwayat Shahih Bukhari Bab Kelebihan Orang Yang Berilmu Dan Mengajarkan `Ilmu Pengetahuannya ]

Thursday, December 30, 2010

Hadits: Doa Ketika Gelisah / Gundah-Gulana



حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ حَدَّثَنَا هِشَامٌ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ عَنْ أَبِي الْعَالِيَةِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْعُو عِنْدَ الْكَرْبِ يَقُولُ


لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

Muslim bin Ibrahim telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Hisyam telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Qatadah telah meriwayatkan kepada kami daripada Abi al-‘Aliyah daripada Ibnu ‘Abbas, beliau berkata: “Nabi s.a.w. berdoa pada ketika gelisah yang amat sangat dengan berkata:

“Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Agung yang Maha Penyantun. Tiada Tuhan melainkan Allah Tuhan langit-langit dan bumi dan Tuhan arasy yang besar.”



[ Hadis Shahih Bukari: بَاب الدُّعَاءِ عِنْدَ الْكَرْبِ Bab Doa Ketika Gundah Gulana ]

Friday, December 24, 2010

Hadits Berkenaan Iman




عَنِ الزُّهْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي أَبُو إِدْرِيسَ عَائِذُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِاللَّهِ { أَنَّ عُبَادَةَ بْنَ الصَّامِتِ رضي الله عَنْهم وَكَانَ شَهِدَ بَدْرًا وَهُوَ أَحَدُ النُّقَبَاءِ لَيْلَةَ الْعَقَبَةِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَحَوْلَهُ عِصَابَةٌ مِنْ أَصْحَابِهِ بَايِعُونِي عَلَى أَنْ لا تُشْرِكُوا بِاللَّهِ شَيْئًا وَلا تَسْرِقُوا وَلا تَزْنُوا وَلا تَقْتُلُوا أَوْلادَكُمْ وَلا تَأْتُوا بِبُهْتَانٍ تَفْتَرُونَهُ بَيْنَ أَيْدِيكُمْ وَأَرْجُلِكُمْ وَلا تَعْصُوا فِي مَعْرُوفٍ فَمَنْ وَفَى مِنْكُمْ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَمَنْ أَصَابَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا فَعُوقِبَ فِي الدُّنْيَا فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَهُ وَمَنْ أَصَابَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا ثُمَّ سَتَرَهُ اللَّهُ فَهُوَ إِلَى اللَّهِ إِنْ شَاءَ عَفَا عَنْهُ وَإِنْ شَاءَ عَاقَبَهُ فَبَايَعْنَاهُ عَلَى ذَلِك }


Daripada al-Zuhri, katanya: Abu Idris `Aa’izullah bin `Abdillah telah memberitahu saya bahawa `Ubaadah bin as-Shamit r.a. Beliau telah ikut serta dalam peperangan Badar dan beliau adalah salah seorang Naqib di malam `Aqabah- (meriwayatkan) sesungguhnya Rasululullah SAW bersabda ketika mana sekumpulan para sahabat berada di sekelilingnya, (kata Baginda):


“Berbai`ahlah kamu kepadaku bahawa sesungguhnya kamu tidak akan menyekutukan sesuatu dengan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anakmu, tidak akan mengada-agadakan sesuatu secara dusta dengan penuh kesedaran dan tidak akan menderhakai (pemimpin kamu) dalam perkara ma`ruf. Sesiapa di antara kamu menyempurnakan janji itu maka pahalanya dijamin Allah dan sesiapa yang melanggar sesuatu daripada apa yang dijanjikannya itu lalu dia dihukum di dunia ini, maka hukuman itu merupakan kafarah kepadanya. Sebaliknya sesiapa yang melanggar mana-mana janji tersebut kemudian Allah menyembunyikannya, terserahlah kepada Allah kedudukannya samaada dia (Allah) akan mengampunkannya atau akan menyeksanya.” Lalu kami pun berbaiah kepada Baginda SAW atas perkara-perkara itu.

Monday, December 20, 2010

Hadits-Hadits Ancaman Terhadap Perhiasan Dunia Dan Berlumba Lumba Untuk Mendapatkan Dunia



قَالَ فَأَبْشِرُوا وَأَمِّلُوا مَا يَسُرُّكُمْ فَوَاللَّهِ مَا الْفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ وَلَكِنْ أَخْشَى عَلَيْكُمْ أَنْ تُبْسَطَ عَلَيْكُمْ الدُّنْيَا كَمَا بُسِطَتْ عَلَى مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ فَتَنَافَسُوهَا كَمَا تَنَافَسُوهَا وَتُلْهِيَكُمْ كَمَا أَلْهَتْهُمْ

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Terimalah berita gembira dan berharaplah terhadap apa yang akan menggembirakan kamu. Demi Allah bukan kepapaan yang aku bimbangkan kepada kamu tetapi aku bimbang diperluaskan dunia kepada kamu seperti mana telah diperluaskan kepada orang-orang sebelum kamu maka kamu berlumba-lumba mendapatkannya seperti mana mereka berlumba-lumba mendapatkannya dan dunia akan melalaikan kamu seperti mana ia telah melalaikan mereka.”


عَنْ أَبِي الْخَيْرِ عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ يَوْمًا فَصَلَّى عَلَى أَهْلِ أُحُدٍ صَلَاتَهُ عَلَى الْمَيِّتِ ثُمَّ انْصَرَفَ إِلَى الْمِنْبَرِ فَقَالَ إِنِّي فَرَطُكُمْ وَأَنَا شَهِيدٌ عَلَيْكُمْ وَإِنِّي وَاللَّهِ لَأَنْظُرُ إِلَى حَوْضِي الْآنَ وَإِنِّي قَدْ أُعْطِيتُ مَفَاتِيحَ خَزَائِنِ الْأَرْضِ أَوْ مَفَاتِيحَ الْأَرْضِ وَإِنِّي وَاللَّهِ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ أَنْ تُشْرِكُوا بَعْدِي وَلَكِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ أَنْ تَنَافَسُوا فِيهَا

Daripada Abi al-Khair daripada Uqbah bin ‘Amir bahawa Rasulullah s.a.w. pernah keluar pada suatu hari lalu Baginda bersembahyang untuk ahli Uhud seperti sembahyang jenazah kemudian Baginda pergi ke minbar lalu bersabda:

“Sesungguhnya aku! akan mendahului kamu dan aku akan menjadi saksi kepada kamu. Sesungguhnya aku – demi Allah! – sudahpun nampak kolam aku itu sekarang dan sesungguhnya telah diberikan kepadaku anak-anak kunci gedung-gedung dunia atau anak-anak kunci dunia. Sesungguhnya aku – demi Allah! – tidak bimbang kamu akan menyekutukan Allah sesudahku tetapi yang aku bimbang kamu berlumba-lumba mendapatkan dunia.”


عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أَكْثَرَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ مَا يُخْرِجُ اللَّهُ لَكُمْ مِنْ بَرَكَاتِ الْأَرْضِ قِيلَ وَمَا بَرَكَاتُ الْأَرْضِ قَالَ زَهْرَةُ الدُّنْيَا فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ هَلْ يَأْتِي الْخَيْرُ بِالشَّرِّ فَصَمَتَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى ظَنَنَّا أَنَّهُ يُنْزَلُ عَلَيْهِ ثُمَّ جَعَلَ يَمْسَحُ عَنْ جَبِينِهِ فَقَالَ أَيْنَ السَّائِلُ قَالَ أَنَا قَالَ أَبُو سَعِيدٍ لَقَدْ حَمِدْنَاهُ حِينَ طَلَعَ ذَلِكَ قَالَ لَا يَأْتِي الْخَيْرُ إِلَّا بِالْخَيْرِ إِنَّ هَذَا الْمَالَ خَضِرَةٌ حُلْوَةٌ وَإِنَّ كُلَّ مَا أَنْبَتَ الرَّبِيعُ يَقْتُلُ حَبَطًا أَوْ يُلِمُّ إِلَّا آكِلَةَ الْخَضِرَةِ أَكَلَتْ حَتَّى إِذَا امْتَدَّتْ خَاصِرَتَاهَا اسْتَقْبَلَتْ الشَّمْسَ فَاجْتَرَّتْ وَثَلَطَتْ وَبَالَتْ ثُمَّ عَادَتْ فَأَكَلَتْ وَإِنَّ هَذَا الْمَالَ حُلْوَةٌ مَنْ أَخَذَهُ بِحَقِّهِ وَوَضَعَهُ فِي حَقِّهِ فَنِعْمَ الْمَعُونَةُ هُوَ وَمَنْ أَخَذَهُ بِغَيْرِ حَقِّهِ كَانَ كَالَّذِي يَأْكُلُ وَلَا يَشْبَعُ

Daripada Abi Sa`id al-Khudri, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perkara yang menjadi kebimbangan besarku terhadap kamu ialah ‘barakaat al-ardh’ (keberkatan-keberkatan bumi)? yang Allah keluarkan untuk kamu.” Baginda ditanya: “Apa itu ‘barakaat al-ardh’?” Nabi s.a.w. menjawab: “Kemewahan dunia.” Ada seseorang berkata kepada Nabi s.a.w.: “Adakah sesuatu yang baik mendatangkan keburukan.” Maka Nabi s.a.w. diam sehingga kami berasa wahyu sedang turun kepada Baginda kemudian mulalah Baginda menyapu peluh dari dahinya. Baginda bertanya: “Di manakah orang yang bertanya tadi?” Orang itu berkata: “Saya.” Abu Sa`id berkata: Sesungguhnya kami telah memujinya ketika dia muncul untuk bertanya begitu.” Nabi s.a.w. menjawab: “Yang baik tidak mendatangkan kecuali yang baik juga. Sesungguhnya harta benda dunia hijau lagi manis dan sesungguhnya apa-apa yang tumbuh pada musim bunga boleh membunuh kerana mengembungkan perut ataupun hampir boleh membawa kepada terbunuh kecuali yang memakan rumput yang hijau kerana ia makan sehingga apabila kenyang perutnya ia mengadap matahari lalu ia mengunyah, berak dan kencing kemudian kembali dan makan lagi. Sesungguhnya harta benda dunia manis, sesiapa yang mengambilnya dengan sebenar dan meletakkannya di tempat yang sebenar maka harta benda dunia adalah sebaik-baik pembantu dan sesiapa yang mengambilnya dengan tidak sebenar/bukan dengan sebenar maka ia seperti orang yang makan tetapi tidak kenyang-kenyang.”


عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُكُمْ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ قَالَ عِمْرَانُ فَمَا أَدْرِي قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْدَ قَوْلِهِ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا ثُمَّ يَكُونُ بَعْدَهُمْ قَوْمٌ يَشْهَدُونَ وَلَا يُسْتَشْهَدُونَ وَيَخُونُونَ وَلَا يُؤْتَمَنُونَ وَيَنْذُرُونَ وَلَا يَفُونَ وَيَظْهَرُ فِيهِمْ السِّمَنُ

Daripada Nabi s.a.w. sabdanya: “Yang terbaik di antara kamu adalah orang yang berada di kurunku kemudian orang-orang yang mengiringi mereka, kemudian orang yang mengiringi mereka.” ‘Imraan berkata: Aku tidak pasti samada Nabi s.a.w. berkata selepas kata-katanya tadi dua atau tiga kali. “Selepas itu akan ada golongan yang bersedia untuk menjadi saksi padahal mereka tidak pun diminta untuk menjadi saksi. Orang-orang berkhianat sedangkan mereka tidak boleh dipercayai. Orang-orang bernazar sedangkan mereka tidak menyempurnakan nazar mereka dan akan berleluasa di kalangan mereka kegemukan.”


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ يَجِيءُ مِنْ بَعْدِهِمْ قَوْمٌ تَسْبِقُ شَهَادَتُهُمْ أَيْمَانَهُمْ وَأَيْمَانُهُمْ شَهَادَتَهُمْ

Daripada Abdillah daripada Nabi s.a.w. sabdanya: “Sebaik-baik manusia adalah manusia kurunku kemudian generasi yang mengiringi mereka kemudian generasi yang mengiringi mereka. Kemudian datang sesudah mereka golongan yang mana kesaksian mereka mendahului sumpah mereka dan sumpah mereka mendahului kesaksian mereka.”


٦٤٣٠- حَدَّثَنِي يَحْيَى بْنُ مُوسَى حَدَّثَنَا وَكِيعٌ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ عَنْ قَيْسٍ قَالَ سَمِعْتُ خَبَّابًا وَقَدْ اكْتَوَى يَوْمَئِذٍ سَبْعًا فِي بَطْنِهِ وَقَالَ لَوْلَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَانَا أَنْ نَدْعُوَ بِالْمَوْتِ لَدَعَوْتُ بِالْمَوْتِ إِنَّ أَصْحَابَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَضَوْا وَلَمْ تَنْقُصْهُمْ الدُّنْيَا بِشَيْءٍ وَإِنَّا أَصَبْنَا مِنْ الدُّنْيَا مَا لَا نَجِدُ لَهُ مَوْضِعًا إِلَّا التُّرَابَ

Yahya bin Musa telah meriwayatkan kepada saya, katanya: Waki’ telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ismail telah meriwayatkan kepada kami daripada Qais, beliau berkata: Saya mendengar Khabbab telah menerima tujuh selaran besi panas kerana sakit perut yang dialaminya. Khabbab berkata: “Kalaulah tidak kerana Rasulullah s.a.w. melarang kami berdoa meminta mati maka pasti aku berdoa meminta mati. Sesungguhnya sahabat-sahabat Muhammad s.a.w. telah pergi dalam keadaan dunia tidak mengurangkan mereka apa-apa walaupun sedikit dan kita pula telah mendapat dunia yang mana tidak ada tempat untuk kita letakkannya kecuali di tanah.”


حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ إِسْمَاعِيلَ قَالَ حَدَّثَنِي قَيْسٌ قَالَ أَتَيْتُ خَبَّابًا وَهُوَ يَبْنِي حَائِطًا لَهُ فَقَالَ إِنَّ أَصْحَابَنَا الَّذِينَ مَضَوْا لَمْ تَنْقُصْهُمْ الدُّنْيَا شَيْئًا وَإِنَّا أَصَبْنَا مِنْ بَعْدِهِمْ شَيْئًا لَا نَجِدُ لَهُ مَوْضِعًا إِلَّا التُّرَابَ

Muhammad bin al-Mutsanna telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya telah meriwayatkan kepada kami daripada Ismail, beliau berkata: Qais telah telah meriwayatkan kepada saya, katanya: Saya pergi menemui Khabbab yang sedang membina dinding rumah lalu berkata: “Sesungguhnya sahabat-sahabat kita yang telah pergi dalam keadaan dunia tidak mengurangkan apa-apa pahala mereka tetapi kita sesudah mereka telah mendapat sesuatu yang tiada tempat untuk kita letakkan kecuali di tanah.”


Sumber: Kitab Riqaaq, Shahih Bukhari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...